Thursday, May 26, 2011

Jalanku Pulang

Lagu nie btl2 menyentuh hati aku..begitu mendalam maksud yang tersirat..seperti berkait rapat dengan diriku..tima kasih Tuhan kerana menunjukkan aku jalan pulang..insyaallah,aku ingin terus maju ke depan, berusaha meraih CINTAMU..x ingin aku toleh ke belakang dulu..Ya Allah,kuatkanlah hatiku ini untuk terus bermujahadah kepadaMU..

Thursday, May 19, 2011

Hatiku

Wahai hati tatkala kau sendirian,
ada yang hadir memujukmu...

Wahai jantung hatiku tatkala kau kesedihan,
ada yang datang menggembirakanmu...

Wahai penawar hatiku tatkala kau kegelisahan,
ada yang rapat menenangkanmu...

Wahai permata hatiku tatkala kau kekesalan,
ada yang berlari mendakapmu...

Wahai pemburu hatiku tatkala kau kesamaran,
ada yang menyinari mencerahkan...

Wahai hati yang bercinta teruskanlah menangis,
kerana dalam tangisan ada
yang manis jadi senyuman...

Wahai Pemilik hati Ya Allah..
aku hanya insan biasa yang mencintaiMu,
suburkanlah,siramilah,balutilah,
selimutilah,hati ini...