Monday, August 27, 2012

Biarkan ia berlalu

Assalamualaikum...

Kita x boleh nak ubah masa lalu, jd kenapa perlu kita kenangi tanpa kesudahan. Ya, benar sesekali kita perlu menoleh ke belakang untuk jadikan pengajaran supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama tapi janganlah sampai kenangan lalu itu halang kita untuk bahagia pada masa hadapan. Kita juga berhak untuk bahagia. What is past is past. Walaupun beratus yang telah berlalu, tetapi masih beribu yang masih menanti. Allah tidak pernah bosan menanti hamba merujuk kembali kepada-Nya.Sentiasa ada yang lebih baik menunggu kita..InsyaAllah


Wednesday, August 1, 2012

Usaha, Doa, & Tawakkal

Assalamualaikum...

My result will be out tomorrow.Secara jujurnya, aku agak berdebar walaupun dah banyak kali aku ingatkan diri aku, semuanya aku dah lakukan, usaha sudah, berdoa mengharapkan pertolongan dari Allah juga aku lakukan. Kini,tiba saat untuk aku serahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Teringat sepotong ayat yang pernah kawan aku post di facebook.


Tawakal itu diletakkan kepada Allah bukan atas usaha kita atau berapa banyak notes yang sudah dibaca tapi pada Allah!

Jadi untuk apa lagi aku berdebar kerana Allah S.W.T. sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNya. InsyaAllah doaku akan diperkenankan Allah S.W.T.. x perlu ragu x perlu curiga. Malah dalam Al-Quran pun sudah tertulis :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” – al-Baqarah : 186


Ya Allah, aku yakin dengan janjiMu..