Friday, December 21, 2012

Final Exam Just Around the Corner..






Assalamualaikum...

Dah lama aku x mengarang..malam nie tiba2 ada plk mood nak story mory...hehe...
Alhamdulillah, penghujung semester ini dah tiba. Study week dah start, tp aku x start lg study..huhu..mood study blm tiba lg mlm nie..maybe dlm tmpoh 2 minggu nie, aku busy dgn test,quiz, n assignment lg..Thanks to Allah S.W.T. semuanya dah selesai...Eventhough, 3 subjects je aku ambil dis semester, tp aku rasa berat jgk lah...tp aku akan tetap cuba berusaha sehabis baik, x kan sesekali berputus asa utk trs berdoa..semoga kejayaan ini kali ini menjadi milikku...Aminn...

Let's fight for my future...hehehe

Thursday, September 6, 2012

Nasi Goreng Cina to Nasi Goreng Lada Hitam???

Assalamualaikum...

Apa punya entry lah kali nie kan...Actually, today my parent tak balik lunch hour..and may until night kot..ayah pergi rompin, outstation..so my mom tak boleh nak balik lah bcoz x da kete..kete lagi 1  abg aku guna pergi kerja,.hehe..

So,aku terfikirlah kan apa yg aku nak mkn satu hari nie kan...eventhough aku  tak bpe pandai sgt masak, tapi aku pun cuba2 jugak lah nak masak hari nie..Jadi aku pun buka lah buku resepi...hehe...

selak punya selah,dgn bahan2 yg ada didalam peti sejuk umah aku nie..boleh lah aku msk nasi goreng cina..Aku pun ikutlah instructionnya..mula2 mcm dah jadi dah bila naik bau...tp bile aku ltk telur n nasi,trs lain  jadinya..jadilah nasi goreng lada hitam..huhu...nasib baik aku boleh recover blk..aku ltk lah kiub pati ayam,garam, n perencah secukup rasa..bolehlah tahan utk msk perut..hehe....cuma warnanya x jadi warna putih mungkin sbb lada hitam td lbh sgt kot...tak pelah next time aku cuba lg..guna resepi lain plk...picture nasi goreng tu aku x ambil lah  sbb x jadi...hihihi....

OK..petang karang aku nak masak ayam masak kicap for my dinner...hopefully yg nie menjadi ye....

Monday, August 27, 2012

Biarkan ia berlalu

Assalamualaikum...

Kita x boleh nak ubah masa lalu, jd kenapa perlu kita kenangi tanpa kesudahan. Ya, benar sesekali kita perlu menoleh ke belakang untuk jadikan pengajaran supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama tapi janganlah sampai kenangan lalu itu halang kita untuk bahagia pada masa hadapan. Kita juga berhak untuk bahagia. What is past is past. Walaupun beratus yang telah berlalu, tetapi masih beribu yang masih menanti. Allah tidak pernah bosan menanti hamba merujuk kembali kepada-Nya.Sentiasa ada yang lebih baik menunggu kita..InsyaAllah


Wednesday, August 1, 2012

Usaha, Doa, & Tawakkal

Assalamualaikum...

My result will be out tomorrow.Secara jujurnya, aku agak berdebar walaupun dah banyak kali aku ingatkan diri aku, semuanya aku dah lakukan, usaha sudah, berdoa mengharapkan pertolongan dari Allah juga aku lakukan. Kini,tiba saat untuk aku serahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Teringat sepotong ayat yang pernah kawan aku post di facebook.


Tawakal itu diletakkan kepada Allah bukan atas usaha kita atau berapa banyak notes yang sudah dibaca tapi pada Allah!

Jadi untuk apa lagi aku berdebar kerana Allah S.W.T. sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNya. InsyaAllah doaku akan diperkenankan Allah S.W.T.. x perlu ragu x perlu curiga. Malah dalam Al-Quran pun sudah tertulis :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” – al-Baqarah : 186


Ya Allah, aku yakin dengan janjiMu..




Sunday, July 15, 2012

4 Tahun Bergelar Mahasiswi UiTM







Assalamualaikum..
Tiba-tiba hati ini rasa sebak utk tinggalkan zaman universitiku..4 tahun bergelar mahasiswi UiTM benar-benar mengajar aku erti ketabahan dan kekuatan diri. Syukur Alhamdulillah, Allah sentiasa  beri kekuatan kepadaku dalam menempuh dugaan sepanjang tempoh pengajianku. Tika aku jatuh, Allah tetap beri kan aku semangat utk aku bangkit kembali. Ya, akhirnya aku berjaya sampai ke final stage...Terima Kasih Ya Allah..HambaMu ini benar-benar bersyukur atas kurnianMu yang tak tehingga..Moga Engkau redhai segala ilmu-ilmu dan perjalananku selepas ini...

Kepada ibu dan ayahku yang tercinta..berkat doa,restu, dan sokongan kalian, akhirnya anak kalian ini berjaya untuk mendapatkan segulung ijazah..ini adalah hadiah untuk kedua ibu bapaku..Melihat anak memakai jubah konvokesyen sambil memegang segulung ijazah merupakan impian ibu bapaku..Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepadaku utk merealisasikan impian kedua ibu bapaku..

Khas utk Pensyarah-Pensyarah dan guru-guruku, semoga kalian sentiasa berada dibawah rahmatNya..Jasa-jasa kalian sentiasa terpahat dalam hati saya...Hanya Allah S.W.T. yang mampu membalas budi baik kalian dalam mendidik anak bangsa. Tak terhingga jasa kalian kepada kami...

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..Buat teman-teman yang aku sayangi,kamu semua adalah sahabat-sahabat yang paling baik yang Allah S.W.T. kurniakan kepadaku. Semoga Allah S.W.T. redhai ukhuwah kita semua..Aku sangat menyayangi kamu semua. Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Amin..

Tuesday, May 22, 2012

CSR Program - Bersama anak-anak yatim Rumah Pengasih

Assalamualaikum...


Dah lama x update blog.Macam biasa reasonnya adalah bz dengan assignment..hehe..Ok lah without wasting our time,cewahh macam nak present pulak kamu ye..hoho...x dalah...k lah aku update blog kali nie pun just nak bercerita tentang program CSR yang aku joined kelmarin..


Actually, aku x plan pun nak join program nie, nak2 pulak sabtu tu aku demam teruk sampai nak berdiri pun aku tak larat, tapi entah kenapa bila kawan aku (adriana) call aku malam tu ajak join program dyowg pergi rumah anak yatim, hati aku melonjak2 nak pergi. Walaupun badan aku belum betul2 sihat. Tapi aku yakin if kita nak buat sesuatu yang Allah S.W.T. suka pasti Dia akan permudahkan. Alhamdulillah pagi Ahad tu aku diberikan kesihatan yang baik.Terima kasih Tuhanku kerana beri aku peluang untuk hadirkan diri dalam program sebegini. Dah lama aku impikan, akhirnya terlaksana =)


Disebabkan masalah teknikal (x berapa nak taw jalan..hehe) kami terlewat sedikit sampai di sana. Sampai saja disana kami diberi taklimat. Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk diagihkan kerja. Ada yang membantu untuk memasak, mengajar adik-adik, mengemas dorm adik-adik lelaki and etc.


Aku ditugaskan di bahagian memasak..even aku x berapa pro dalam bab2 memasak nie..aku bantu jgk lah ape yang dapat ku buat..hehe..alhamdulillah,dapat jugak lah aku membantu walaupun mungkin tidak seberapa...hihi...tp x pe janji hati ikhlas...ikhlas???haa, yang tu Allah je yang tahu k =)


Then, lepas memasak, aku naik ke atas, nak jelajah2 sikit,hehehe...mula2 aku pergi ke dewan tempat adik2 belajar..Hmm,ramai2 adik2 kat situ..aku agak mungkin dlm lingkungan sekolah tadika until menengah maybe. Aku x sempat nak berbual2 mesra dgn dyowg lebih lame. Sekadar dapat bertanya nama je..huhu..Tapi apa yang aku tertarik kat sini, aku jumpa 2 org adik OKU. Dari segi fizikal mereka nampak normal. apabila bercakap dengan mereka baru aku perasan mereka adik2 OKU. Apa yang mengagumkan aku tentang adik nie, eventhought dia begitu tapi dirinya penuh dengan adab sopan. Aku terkejut bila dia bercakap dgn penuh tatasusila. Dia sangat manja, pemalu, dan mesra. Ini lah kali pertama aku bertemu dengan anak down sindrom tapi berkelakuan seperti orang normal, cuma percakapannya aku kurang fahami sedikit. Sangat hebat didikan mak-mak dan ayah-ayah di rumah Pengasih itu. Secara jujurnya, jika diberi peluang lagi, aku pasti ingin menjejakkan kaki lagi ke sana =)

Adik-adik yang comel=)

Kawan saya-Adriana sedang mengajar adik-adik

Nanti kakak datang lagi ye..pesan si cilik

I'll remember u=)

Dorm adik-adik lelaki

Practice jd ibu kejap...hehe

Sahabat2 saya bersama2 adik-adik..

Bersama-sama sahabat PRIHATIN ^_^




Amirul Hadi Zainal ^_^





Assalamualaikum...
Haa...yang nie aku tersangat2 x sabar nak bercerita...guess aku chat dgn sape td???
Amirul Hadi Zainal pemain kebangsaan tu...haha...percaya x???aku sendiri pun tgh berusaha untuk mempercayainya..hehehe..Mana taknya baru petang td aku duk tgk2 pic dia, cari mane yg cunnn nak letak kat desktop laptop aku nie, then malam nie,aku dpt berchat sebentar dgn dy..hehehe .

Seriously, aku sgt2 lah terkejutnya apabila dia membalas chat aku td..kebetulan aku ternampak dia on9 chat tadi. Pelik jugak, x pernah2 nampak dy on chat, tetiba hari nie ada, aku pun mencuba lah nasib kan..tp dalam hati 1% je aku rasa dia akan reply..skali x sampai beberapa minit memang betul dia reply..haa, kaw terkesima jgk lah sekejap aku kan...anyway thanx Amirul Hadi kerana sudi membalasnya walaupun hanya sebentar...hehehehe




Wednesday, April 25, 2012

Perak oh Perak

Assalamualaikum..

Aku kembali lagi untuk berblogging..walaupun x da org bace pun..hahaha
poyo je kan..buat blog tapi x nak org bce ngeh3x...sorry tapi saya sebenarnya seorang pemalu nak suh orang bace ape yang saya ngarut2 dalam blog nie..hehe...


Ok lah..untuk entry kali nie..aku juz nak bercerita pasal trip aku ke perak hari tu..
Actually, ktowg bukan lah nak g bercuti coz masa tu baru first week start sem..jpa pun tak dapat lagi noo...
Tapi sebab masa tu kakak kawan baik kami kahwin..kebetulan aku pulak kenal ngan kakak kawan aku tu..so ktorg decide nak pergi jugk..walaupun mse tu dalam poket aku cuma da rm200 je..itu pun lau ikutkan untuk perbelanjaan aku sementara nak dapat JPA..hahaha..tapi demi sahabat,aku pergi juga..ada semangat setia kawan x??hehehe...


Then,alang2 dah sampai ke PERAK kan,so, aku & maria (macam biasa trip partner aku) pun plan utk smpai ke LUMUT..so abes je wedding kakak ryn, aku n maria pergi ke hotel bajet nak letak barang2 kami..aku lupa pulak nama hotel tu..tapi,disebabkan kami berdua tersangat lah pandai ( dat's why x pernah dpt DL tu..hehe) kami x booking dulu hotel tu...haha...so dari kena bayar RM99,x pasal2 kne bayar RM130..haa kaw..mne nak byr..tapi nsb bek gaji maria msk hari tu..lau x??x taw lah tdo mne kami hari tu..so,kami pun amik lah bilik VIP deluxe tu..terasa lah kejap aku jadi cam "VIP" satu malam,even kat hotel bajet je...hahaha


Pastu kami pun berehat lah sebentar, kat hotel tu before meneruskan trip kami tu..Then,dah siap2 mandi2,solat..maria pun dah segar,kami pun pergi berjalan ke Lumut..nasib baik time tu..ada sorang lagi member kami, khalisah, yang duduk dekat ngan hotel tu pun balik sekejap umah dia..Jadi,dia lah menjadi tour guide kami di sana....lau x mau sesat jgk kami nak ke Lumut tu..Alhamdulillah Allah S.W.T. permudah kan...


So, kami pun ke sana menaiki kereta sewa yang dibiayai oleh ayah maria..thanx pakcik,hehehehe...


Oraittt...aku rase smpai sini dulu coretan aku kali nie ye..nanti kte cite2 lagi..before aku undur diri..aku letakkan  
beberapa picture yang smpat ktorg snap...hehehehe















Wednesday, March 28, 2012

Sweet 23rd...hee~

Assalamaualaikum...

Happy Birthaday Aina!!hehehe...
Asyik org je wish besday kat aku..nie turn aku lak wish kat diri sendiri...hehehe...

Alhamdulillah..di usia 23 tahun ini,aku masih diberi peluang untuk menghembuskan nafas dalam menjalani kehidupan..Ya Allah, terima kasih jua kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk memperbaiki diri ini untuk menjadi hambaMu yang lebih baik..InsyaAllah...

Bila terfikirkan usia aku yang sudah menginjak 23 tahun ini, tetiba aku rasa agak gementar..hahaha..poyo je kan...hehe...Tapi sebenarnya itu lah yang aku rasa..banyak perkara dalam diri ini yang perlu aku ubah...aku tak boleh lagi jadi macam anak kecil yang cuma boleh menangis pada mak dan ayah bila ada masalah..ooppsss,kantoi plk aku suka nangis kat mak ayah aku,hehe...kadang2 je ok,,bkn sll pun...nak jugak manja2 ngan mak ayah kan,..ala,korang pun sama, aku taw..haha...

InsyaAllah.azam aku sempena ulang tahun kelahiran yang ke 23 nie..aku ingin menjadi :-

  1. Hamba Allah yang disayangiNya...
  2. Anak yang solehah...
  3. Pelajar yang cemerlang dari segi akhlak n akademik..
  4. Dapat result yang mantap2 dalam semua exam part 8 nie..
  5. Jadi sahabat baik untuk semua orang.
Ermm...rasenya wat mse nie tu je kot yang aku terfikir,,nanti lau ada lagi,aku tambah..hehe..

Sebagai penutup untu entry kali nie...aku nak ucapkan banyak2 dan banyak lagi terima kasih kepada semua orang yang wish besday n mendoakan kebaikan untuk aku....terharu sangat2 =)

Semoga kamu semua juga mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T..

Aminn=)

Tuesday, February 28, 2012

my beloved friends

Assalamualaikum...

Aku pun x taw ape yang aku nak 'berleter' malam2 buta nie..
Tapi disebabkan aku dilanda kebosana tahap KLCC, so aku pun terfikir apa kata aku berceloteh pasal member-member baik aku di malam syahdu nie...kih3...
Ok..aku start dengan sahabat baik aku yang bernama Ain...nak dekat2 kan nama kami..aku aina, dia ain...sesuai gitu..bukan setakat nama je dekat, ada orang cakap muka kami pun seiras..ye ke???ye lah kot..tapi aku lagi comel..hahahha...ain, jangan marah ye saya gurau je...ngeh ngeh ngeh~
Camne aku boleh kenal Ain nie???
Erm...Aku kenal dia masa kami sama-sama belajar di matrikulasi perlis a.k.a KMP..masa tu baru start kelas kan, so aku tak kenal lah sape2 lagi time tu..ye lah, just imagine aku sorang je dari sekolah SMK Seri Kuantan tercampak jauh ke situ..tapi padan lah muka aku, sape suruh letak first choice kat situ kan..haa...hambik ko...duk situ diam2..

Then, untuk mencari member2 baru di tempat yang baru..aku pun berceloteh lah dengan semua orang..boleh dikatakan semua orang yang duduk dekat dengan aku, aku tegur..nasib baik diorang tak cakap aku becokkan..bearani cakap camtu..nak kena babak...
 
Pastu dipendekkan cerita aku pun bertegur lah dengan Ain nie..tak sangka lak dia pun suka berceloteh macam aku..hahaha...ain jangan marah2 ok...nanti tak comel..keh3...

Pastu..err pastu lagi.....k2,kte tukar word..kemudian nak dijadikan cerita, ada barang aku hilang..barang ape???aku pun tak ingat dah..then Ain nie lah yang duk temankan aku cari barang tu kat dalam bilik kuliah...sian ain susah payah untuk aku,..tapi tak jumpe jugak..hehe...tak pe lah tak da rezeki..

Keesokan harinya, masa aku masuk lecture hall,tetibe aku nampak dia lelambai tangan kat aku suruh duduk sebelah dia..Rupa-rupanya dia jaga tempat aku..selamat aku dapat duduk depan even datang lambat...hahaha....dan sejak dari hari tu kami menjadi sahabat baik...ermm, sebenarnya banyak lagi aku nak 'gosipp2' sal member baik aku sorang nie..tapi tetibe mata aku nie dah terasa berat pulak...so,kita continue later...ok..tata...nite2....

Haa, here I put her pictures,,,so,tengok2 lah ye..ada iras ke tak muka kami..kih3


See2...manje x aku ngan membe baik aku nie..seperti baby kan..hahahaha

haa, yang sebelah aku yang free hair nie pun salah seorang kawan rapat  kami...Kor hui namanye...cerdik  maaa

Ok...kte posing lagiiii

Yang nie lau x silap aku, mase jamuan before kami final exam sem 2..cer tgk  membe  baik aku maintain ayu  je kan3...heheheh



Saturday, February 25, 2012

Seharian bersantai di Pantai Puteri..

Kat mana Pantai Puteri nie ye??
Haa,kalau nak taw pantai nie kat Melaka..
Sebenarnya inilah kali pertama aku menjejakkan kaki kat sini..hehe
Sebelum nie,x taw pun ada pantai nie kat Melaka..
PANTAI KLEBANG aku taw ler...ngeh3
Haa, tu ler,org suruh belajar Geografi betul2..ko main2..Pantai Puteri pun x taw kat mne??hehe...

Ok lah..untuk wat kenangan..adalah sikit2 aku snap pic..tp yg nie aku byk upload picture cousin aku je lah ye..
nak upload gambr aku segan....cun sangat...haha..<kidding> ^_^



si comel Aina Farahin..ngeh3


Bakal model kita...hehehe

Aida vs Aina

Ada gaya gadis melayu terakhir x..heheheh

Merenung jsuh ke pantai ^_^

Thursday, February 23, 2012

CiNTA & BeNCi






Bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
telah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga

tak kuat ku menahanmu, 
mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, 
tak pernah merindu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
telah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci

sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa





Wednesday, February 22, 2012

Malaysia vs Jepun




Tamat sudah perlawanan antara Malaysia vs Jepun untuk kelayakan Olimpik 2012...
Even kecewa tapi aku tetap berbangga dengan mereka..
Sedih memanglag sedih, ye lah 1 mata pun Malaysia tak dapat nak kutip..
Tapi kami sebagai penyokong kenalah bersikap realistik..terlalu jauh jurang perbezaan antara
Malaysia dan Jepun..bukan setakat dari segi teknologi malah sukan pun begitu..

Tapi tak kisah lah,jadikan ia sebagai satu pengalaman & ilmu tambahan yang dapat dituntut...
Aku yakin kekalahan2 ini pasti akan memberikan kejayaan yang cemerlang kepada mereka..
Mereka masih muda, masih banyak lagi yang perlu dipebaiki..insyaAllah aku yakin mereka akan
jadi pemain2 yang handal suatu hari nanti seperti Safee Sali...hehe

Sunday, February 19, 2012

Jauh dari cinta...

hehe..lau bce tajuk entry kali nie mesti orang akan ingat aku tgh mood jiwang..huhu..
Actually..x da lah jiwang mne..tu tajuk novel yang baru aku habiskan pagi nie karya ADAH HAMIDAH..
Hampir 3 hari aku menelaah novel nie, fimally habis juga...

Dah lame sebenarnya aku tinggalkan dunia novel, since aku masuk universiti, aku dah kurang untuk
memenuhi hobi aku ini yang muncul sejak di bangku sekolah..Tapi sekarang, aku kembali dgn hobi yang satu ini...hehe..

Oklah, back to our topic..
pada aku, novel ini sangat memberi kesan pada jiwa aku..
Start from first page, hati aku asyik rasa sebak je..mungkin terlalu tersentuh dengan nurkilan watak heroin dalam novel ini..mencintai, menyayangi, dan merindui seseorang dalam diam,walaupun orang tu berada dekat dengan kita...aduh, sakitnya hanya Allah S.W.T. yang tahu...
Namun kuasa Allah, siapa yang mampu halang..jika sudah tertulis dia adalah jodoh kita, beribu batu pun kita berpisah, kita tetap akan bersatu dengannya..

Sebaik aku habis membaca novel ini..Aku tertanya pada diriku sendiri, jika aku adalah watak seperti dalam novel ini, apakah aku mampu dan sanggup lakukan sepertinya???hanya memikirkan tentang orang  yang dicintai tanpa mempedulikan lansung tentang diri sendiri...

Ermm, tapi satu yang aku dapat pelajari daripada novel ini...
Cinta yang bersama-sama dengan keikhlasan, insyaallah pasti akan kekal ^_^

Thursday, February 9, 2012

Sabar Menanti

Assalamualaikum..

Hari nie semangat baru, kali pertama aku buka tadika pukul 7 a.m..
Dah nak berhenti baru nak rajin2 kan, haha....
Opps bkn nk tunjuk rajin ye,tp sememangnya waktu bekerja aku start kul 7 pagi,
aku nie je yg suke dtg lewat sikit...SIKIT je ye bkn BANYAK taw..hehe...

Nie sementara nak tunggu pukul 8, sempatlah aku berblogging sekejap,hehe...

Ok,apa ye yang aku nak mengarut pagi2 nie...hehe
Hmm, aku juz nk ckp, aku x sabar nak menanti 29/2/2012..

Kenapa ye??nk kawen ke??
Opps,yg tu x taw ble ye,calon pun x jumpa ag nie,hehe...
Haa,itu lah tarikh keramat aku nak benti kerja..

Aikkk,kejap nya kerja,dulu bkn main suke bdk2,,nie x smpai br 2 bln benti da..
Uitttt3, I benti ada sebab musabab nye ok...
Akudah nak start blaja balik..
My final sem...Debor kot....

Ok lah tu je lah yg aku nak berceloteh pagi2 nie..next time...
kte continue lg..

For those yang terbaca entry nie...wish me gude luck ye..

p/s : Doakan kejayaan aku dan sahabat2ku utk semester 8 nie..
       Peace yoo!!!