Sunday, February 19, 2012

Jauh dari cinta...

hehe..lau bce tajuk entry kali nie mesti orang akan ingat aku tgh mood jiwang..huhu..
Actually..x da lah jiwang mne..tu tajuk novel yang baru aku habiskan pagi nie karya ADAH HAMIDAH..
Hampir 3 hari aku menelaah novel nie, fimally habis juga...

Dah lame sebenarnya aku tinggalkan dunia novel, since aku masuk universiti, aku dah kurang untuk
memenuhi hobi aku ini yang muncul sejak di bangku sekolah..Tapi sekarang, aku kembali dgn hobi yang satu ini...hehe..

Oklah, back to our topic..
pada aku, novel ini sangat memberi kesan pada jiwa aku..
Start from first page, hati aku asyik rasa sebak je..mungkin terlalu tersentuh dengan nurkilan watak heroin dalam novel ini..mencintai, menyayangi, dan merindui seseorang dalam diam,walaupun orang tu berada dekat dengan kita...aduh, sakitnya hanya Allah S.W.T. yang tahu...
Namun kuasa Allah, siapa yang mampu halang..jika sudah tertulis dia adalah jodoh kita, beribu batu pun kita berpisah, kita tetap akan bersatu dengannya..

Sebaik aku habis membaca novel ini..Aku tertanya pada diriku sendiri, jika aku adalah watak seperti dalam novel ini, apakah aku mampu dan sanggup lakukan sepertinya???hanya memikirkan tentang orang  yang dicintai tanpa mempedulikan lansung tentang diri sendiri...

Ermm, tapi satu yang aku dapat pelajari daripada novel ini...
Cinta yang bersama-sama dengan keikhlasan, insyaallah pasti akan kekal ^_^

No comments: