My result will be out tomorrow.Secara jujurnya, aku agak berdebar walaupun dah banyak kali aku ingatkan diri aku, semuanya aku dah lakukan, usaha sudah, berdoa mengharapkan pertolongan dari Allah juga aku lakukan. Kini,tiba saat untuk aku serahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Teringat sepotong ayat yang pernah kawan aku post di facebook.
Tawakal itu diletakkan kepada Allah bukan atas usaha kita atau berapa banyak notes yang sudah dibaca tapi pada Allah!
Jadi untuk apa lagi aku berdebar kerana Allah S.W.T. sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNya. InsyaAllah doaku akan diperkenankan Allah S.W.T.. x perlu ragu x perlu curiga. Malah dalam Al-Quran pun sudah tertulis :
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” – al-Baqarah : 186
Ya Allah, aku yakin dengan janjiMu..


No comments:
Post a Comment