Assalamualaikum...
Wah, boleh dikatakan hampir setahun x menaip dlm blog nie. Lame juga rupanya aku x menjengah blog2 nie ye..Mood untuk mengarang x da tu yang lme terbiar..Tapi malam nie tiba2 mood utk mengarang muncul plk..padahal cite nie dah nk dekat setahun..hehe
Ok lah, dipendekkan cerita, tanggal bpe hari bulan aku pun x ingat dah,hehehe.,,tp yg pasti bulan Mei 2013,akhirnya aku berjaya mencapai segulung ijazah perakaunan..Hmm,bukan sengaja x nak ingat tp mungkin kerana aku bersendirian pd waktu itu, jadi pada hari itu aku rasa seperti biasa2 je..ye lah hampir kesemua sahabat handai aku telah menamatkan pengajian awl...cuma aku yg terkandas..tp setelah berfikir sematang2nye,mengimbau kembali pahit getir aku seorg diri sejak zaman persekolahan hanya kerana ingin memiliki ijazah perakaunan, aku terasa bangga dgn diri sendiri. Ye aku bangga dgn diri ku, berapa byk kegagalan dan kepayahan yg terpaksa aku tempuh tp satu pun x dapat melenturkan semangat aku utk trs berjuang.
Hmm..tapi sebenarnya bohonglah klu aku ckp x da lansung rasa down kan..tp setiap kali rasa mcm tu,aku akan inhat mak ayah aku..Mereka lah sumber inspirasi aku utk trs berusaha. Aku x mahu mak ayah aku kecewa dgn kegagalan aku menggapai segulung ijazah. Itu impian mak ayah sejak aku kecil lagi. Setiap kali ayah aku berdoa, dia x pernah lupa utk mendoakan kejayaan anak2nya..Dan kerana itu aku nekad utk menghabiskan pengajian aku dgn sebaiknya walaupun pada ketika tinggal aku seorg diri tanpa2 teman2 karibku..Tapi mereka jugak x pernah lupa utk trs menaikkan semngat aku utk buat sehabs baik pd semester akhir itu..Dan akhirnya aku berjaya menggapi impian aku...Kini,aku berkerja sebagai audit assistant di salah sebuah audit firm di kuantan..Masih lagi dalam menuntut ilmu...In shaa Allah,jika hayat dikandung badan aku ingin terus menuntut ilmu dlm bidang ini..bidang yg aku cinta sejak zaman persekolahan....
Akhir kata,kejayaan itu tidak akan datang bergolek jika tanpa usaha yg bersungguh2.Ia juga bergantung kepada rezeki masing2..Ada org usaha sikit pun,dia dah boleh berjaya,itu sudah tertulis rezeki utk dia..tapi jika ada yg seperti aku,berusaha keras tp masih perlu menempuh kegagalan,jgn gusar kerana itu adalah titik permulaan utk anda memperoleh kejayaan yg lbh besar jika anda trs berusaha utk mencapainya..In shaa Allah...


No comments:
Post a Comment