Tuesday, May 22, 2012

CSR Program - Bersama anak-anak yatim Rumah Pengasih

Assalamualaikum...


Dah lama x update blog.Macam biasa reasonnya adalah bz dengan assignment..hehe..Ok lah without wasting our time,cewahh macam nak present pulak kamu ye..hoho...x dalah...k lah aku update blog kali nie pun just nak bercerita tentang program CSR yang aku joined kelmarin..


Actually, aku x plan pun nak join program nie, nak2 pulak sabtu tu aku demam teruk sampai nak berdiri pun aku tak larat, tapi entah kenapa bila kawan aku (adriana) call aku malam tu ajak join program dyowg pergi rumah anak yatim, hati aku melonjak2 nak pergi. Walaupun badan aku belum betul2 sihat. Tapi aku yakin if kita nak buat sesuatu yang Allah S.W.T. suka pasti Dia akan permudahkan. Alhamdulillah pagi Ahad tu aku diberikan kesihatan yang baik.Terima kasih Tuhanku kerana beri aku peluang untuk hadirkan diri dalam program sebegini. Dah lama aku impikan, akhirnya terlaksana =)


Disebabkan masalah teknikal (x berapa nak taw jalan..hehe) kami terlewat sedikit sampai di sana. Sampai saja disana kami diberi taklimat. Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk diagihkan kerja. Ada yang membantu untuk memasak, mengajar adik-adik, mengemas dorm adik-adik lelaki and etc.


Aku ditugaskan di bahagian memasak..even aku x berapa pro dalam bab2 memasak nie..aku bantu jgk lah ape yang dapat ku buat..hehe..alhamdulillah,dapat jugak lah aku membantu walaupun mungkin tidak seberapa...hihi...tp x pe janji hati ikhlas...ikhlas???haa, yang tu Allah je yang tahu k =)


Then, lepas memasak, aku naik ke atas, nak jelajah2 sikit,hehehe...mula2 aku pergi ke dewan tempat adik2 belajar..Hmm,ramai2 adik2 kat situ..aku agak mungkin dlm lingkungan sekolah tadika until menengah maybe. Aku x sempat nak berbual2 mesra dgn dyowg lebih lame. Sekadar dapat bertanya nama je..huhu..Tapi apa yang aku tertarik kat sini, aku jumpa 2 org adik OKU. Dari segi fizikal mereka nampak normal. apabila bercakap dengan mereka baru aku perasan mereka adik2 OKU. Apa yang mengagumkan aku tentang adik nie, eventhought dia begitu tapi dirinya penuh dengan adab sopan. Aku terkejut bila dia bercakap dgn penuh tatasusila. Dia sangat manja, pemalu, dan mesra. Ini lah kali pertama aku bertemu dengan anak down sindrom tapi berkelakuan seperti orang normal, cuma percakapannya aku kurang fahami sedikit. Sangat hebat didikan mak-mak dan ayah-ayah di rumah Pengasih itu. Secara jujurnya, jika diberi peluang lagi, aku pasti ingin menjejakkan kaki lagi ke sana =)

Adik-adik yang comel=)

Kawan saya-Adriana sedang mengajar adik-adik

Nanti kakak datang lagi ye..pesan si cilik

I'll remember u=)

Dorm adik-adik lelaki

Practice jd ibu kejap...hehe

Sahabat2 saya bersama2 adik-adik..

Bersama-sama sahabat PRIHATIN ^_^




No comments: