Sunday, July 15, 2012

4 Tahun Bergelar Mahasiswi UiTM







Assalamualaikum..
Tiba-tiba hati ini rasa sebak utk tinggalkan zaman universitiku..4 tahun bergelar mahasiswi UiTM benar-benar mengajar aku erti ketabahan dan kekuatan diri. Syukur Alhamdulillah, Allah sentiasa  beri kekuatan kepadaku dalam menempuh dugaan sepanjang tempoh pengajianku. Tika aku jatuh, Allah tetap beri kan aku semangat utk aku bangkit kembali. Ya, akhirnya aku berjaya sampai ke final stage...Terima Kasih Ya Allah..HambaMu ini benar-benar bersyukur atas kurnianMu yang tak tehingga..Moga Engkau redhai segala ilmu-ilmu dan perjalananku selepas ini...

Kepada ibu dan ayahku yang tercinta..berkat doa,restu, dan sokongan kalian, akhirnya anak kalian ini berjaya untuk mendapatkan segulung ijazah..ini adalah hadiah untuk kedua ibu bapaku..Melihat anak memakai jubah konvokesyen sambil memegang segulung ijazah merupakan impian ibu bapaku..Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepadaku utk merealisasikan impian kedua ibu bapaku..

Khas utk Pensyarah-Pensyarah dan guru-guruku, semoga kalian sentiasa berada dibawah rahmatNya..Jasa-jasa kalian sentiasa terpahat dalam hati saya...Hanya Allah S.W.T. yang mampu membalas budi baik kalian dalam mendidik anak bangsa. Tak terhingga jasa kalian kepada kami...

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..Buat teman-teman yang aku sayangi,kamu semua adalah sahabat-sahabat yang paling baik yang Allah S.W.T. kurniakan kepadaku. Semoga Allah S.W.T. redhai ukhuwah kita semua..Aku sangat menyayangi kamu semua. Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Amin..

No comments: